Sesatkah Aku ?

on Wednesday, 16 May 2012



Assalamualaikum. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah sekali lagi dibenarkan oleh Allah S.W.T untuk mencoret sedikit perkongsian yang amat sekali diharapkan menyuburkan iman insan-insan yang membaca. Tempoh hari seorang sahabat mengajukan suatu topik yang yang saya kira agak subjektif, namun saya akan cuba sedaya mungkin untuk menggarapkan topik berkenaan., InsyaAllah. Baiklah, tajuknya lebih kurang mengenai ‘sesat’. Saya akan mengetengahkan topik ini melalui pemahaman saya, dan berdasarkan ilmu saya yang cetek ini.

Pertama sekali, apabila kita mengatakan diri kita bagaikan tersesat, ataupun sedang tercari-cari jalan pulang dari segi rohaniah, kiranya ada masalah yang wujud dalam diri kita.Dengan kata lain, hati merasakan resah dan tidak tenteram, bagaikan ada sesuatu kekosongan yang perlu dipenuhi ataupun rasa bersalah yang menghinggap diri.

Sebab-sebab berlakunya perasaan di atas adalah disebabkan perasaan bersalah akibat melakukan dosa ataupun permasalahan jiwa yang dikenali sebagai ‘jiwa kosong’. Maka dengan itu orang yang merasakan ‘tersesat ataupun resah ini, haruslah mencari jalan pulangnya. Dan, jalan pulang itu akan sentiasa ada bagi orang-orang yang sentiasa mencari keredhaan Allah. Antaranya :
Tag :

Mereka juga pernah GAGAL !

on Thursday, 3 May 2012

 Jom kita tengok kisah-kisah benar beberapa orang usahawan, melakukan kerja mereka sehingga berjaya.


HENRY FORD

Tidak mempunyai sebarang pendidikan atau latihan formal dalam bidang mekanik. Beliau hanya belajar sendiri. Dia tahu apa yang dia mahu dan mempunyai hasrat yang membara untuk mencapainya. Apabila dia mula mencipta kereta pertamanya, saudara mara serta jirannya mentertawakannya dan mengetakannya gila. Tetapi, dengan ciptaan beliaulah, dapat mengubah dunia. Dengan adanya kereta, maka diciptalah jalan raya, stesen minyak, francais kedai makanan segera dan banyak lagi perniagaan lain dicipta.

Tag :

Bukan Legasi Picisan !

on Saturday, 28 April 2012



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah dapat juga menulis dalam ruangan yang tak seberapa indah ini. Pabila membelek-belek majalah islami, hati tertarik kepada suatu platform cerpen yang dikarang oleh Ustaz A. Ubaidillah Alias. Oleh itu, molek rasanya jikalau saya kongsikan di sini supaya semua pembaca turut menyedari legasi yang dibawa Nabi Muhammad itu mencakupi semuanya dalam erti kata sebenar.

“Nama saya Qamari, datang untuk meminta sumbangan daripada pihak tuan sempena program anjuran kami. Saya pengarah program ini,” ujar lelaki itu sebaik membuka pintu bilik. “Oh, silakan masuk. Pengarah program sendiri yang datang ? Silakan.” Luqman nampak berminat. Setelah duduk,  Luqman segera berbicara, “Program apa ?” Lelaki berkopiah di hadapannya duduk bersandar sambil mengeluarkan sampul besar dari begnya. Dia menghulurkan sampul tersebut dengan tangan kiri, sambil tangan kanannya memegang pen.
Tag :

Hebatnya Solat

on Sunday, 22 April 2012


Pesakit Tenat Kembali Sembuh

Sewaktu Prof. Mukti Ali memegang jawatan sebagai Menteri Agama Republik Indonesia, kegiatan beliau begitu hebat dan sangat sibuk membina umat beragama.

Suatu hari, beliau sakit tenat dan dihantar ke hospital. Setelah terbaring di tempat tidur di bawah pengawasan sekumpulan doktor pakar, selama lebih dari dua bulan, tanpa ada perubahan, hampir sahaja beliau berputus asa. Sebagai seorang yang taat beragama, beliau menyedari bahawa berputus asa terhadap rahmat Tuhan, tidak dibenarkan dalam agama Islam.

Tag :

Kisah Sufi dan Tasawuf Memandang Dunia : Siri 2

on Tuesday, 17 April 2012

Sambungan Kisah Sufi dan Tasawuf Memandang Dunia : Siri 1

Banyak cerita dalam khazanah sufi mengenai betapa rendahnya nilai dunia. Contohnya, cerita mengenai Ibrahim bin Adham, seorang pembesar dari Balkh. Beginilah ceritanya.

... Suatu malam, Ibrahim bin Adham sedang tidur nyenyak di peraduan mewah di istananya. Disebabkan mendengar suara bising di atas atap, beliau tiba-tiba terjaga. "Siapa itu ?" tanya Ibrahim bin Adham. " Aku, seorang sahabat. Aku sedang mencari unta yang hilang," jawab seseorang di atas atap.


Tag :

Kisah Sufi dan Tasawuf Memandang Dunia : siri 1

on Monday, 16 April 2012


Bagaimana rasanya jika hati disakiti ? Jangan ditanya, dunia seolah-olah kiamat ! Kaki seperti tidak berpijak di bumi. Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati (betul ke ?) Sangat membingungkan...makan tak selera, tidur tak nyenyak.

Sekiranya tidak pernah patah hati oleh si dia, mungkin anda pernah mempunyai barang yang anda sayangi. Contohnya, Ipad 3 yang baru sahaja dihadiahkan oleh ayah. Tiba-tiba adik anda yang nakal bermain dengan gajet tersebut yang akhirnya merosakkan gajet tersebut. Bagaimana perasaan anda ? Pasti marah dan kesal ! Mungkin seminggu atau sebulan anda masih membayangkan Ipad 3 tersebut dan tidak menegur adik anda.

Tag :

Cara lajukan broadband bagi yang dah habis ‘limit’

on Monday, 2 April 2012


Korang semua pernah tak menghadapi masalah yang sama seperti di bawah


Perkara yang pasti apabila broadband mencapai limit, loading web akan jadi perlahan, betul tak ?
Tag :
 
© Erti Ada untuk Berkongsi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO